
Oleh : SURIATI BINTI ALI
Taman Rekreasi dan Mini Zoo (TRMZ) Bukit Takal, Kemaman kini memiliki 402 haiwan pelbagai spesies sebagai tarikan kepada orang ramai untuk berkunjung ke zoo terbesar di Pantai Timur itu. Pengarah Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Abdul Halim Mamat berkata, awal tahun ini, pihak pengurusan mini zoo ada menerima dua ekor burung Cenderawasih jantan yang dipinjam dari Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar, Sungkai, Perak; dua ekor kuda padi, buaya tembaga dan buaya jejulong.