PORTAL RASMI PUSAT BESTARI.COMM KUALA BERANG - BESCOMM K.Brg
Portal ini mesra telefon pintar
  • UTAMA ( INFO BESTARI )
  • MAKLUMAT AM
    • KUALA BERANG
    • BESTARI.COMM @ BESCOMM >
      • Cawangan-cawangan Pusat Bestari.comm Seluruh Negeri Terengganu
      • Galeri Foto
    • STRATEGI KE-7 PELAN STRATEGIK AGENDA TERENGGANU >
      • A: Objektif Untuk Strategi
      • B: Tindakan Untuk Setiap Objektif
      • C: Pendekatan Untuk Setiap Tindakan >
        • 01: Membudayakan ICT Dalam Kehidupan Rakyat
        • 02: Meningkatkan Pertumbuhan Penggunaan Applikasi ICT Secara Berterusan Dalam Sektor Kerajaan
        • 03: Memperkasakan ICT Dalam Proses Pembelajaran Dan Pelajaran Secara Digital/Interaktif serta 'Kondusif ICT'
        • 04: Menjadi Negeri Maju Serta Menyediakan Inisiatif Industri ICT Negeri
    • RISALAH / INFO KERAJAAN NEGERI
    • WEBTV-Trg
  • PENGGUNA BESCOMM
    • PERKHIDMATAN >
      • Penggunaan Komputer
      • Kursus
      • Menaip
      • Mencetak
      • Mengimbas
      • WIFI ( T@WAN )
    • PERKHIDMATAN DALAM TALIAN >
      • Persekutuan
      • Kerajaan Negeri Terengganu
      • Lain-lain
    • SUDUT ICT >
      • Himpunan Soal Jawab Untuk Rujukan
    • MAKLUM BALAS
    • BUKU PELAWAT >
      • Himpunan Buku Pelawat Terdahulu
    • PETA LAMAN
    • SOALAN LAZIM
  • PETUGAS BESCOMM
    • EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT ( EIO )
    • JURUTEKNIK SISTEM MAKLUMAT ( TSO )
    • APLIKASI DALAMAN ( Petugas sahaja )
  • PAUTAN
  • HUBUNGI KAMI

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih kerana mengunjungi portal rasmi Pusat Bestari.comm Kuala Berang. Portal ini memaparkan serba sedikit maklumat mengenai Pusat ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Semoga Pusat Bestari.comm Kuala Berang juga dapat menyumbang sesuatu yang boleh memberi impak yang berkesan dan bermanfaat dalam usaha untuk mencapai negeri  “TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”. Kami menyahut cabaran dengan menggunakan Teknologi ICT sebagai wadah dalam mencapai hasrat murni tersebut.

Individu Hina Agong Ditahan

5/6/2013

0 Comments

 
KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang wanita yang menggunakan nama Melissa Gooi di laman sosial Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah baru-baru ini, ditahan hari ini.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, dekat Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, wanita itu ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tambahnya, polis turut mencari empat individu lain iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, keempat-empat individu itu dicari setelah memuat naik komen yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong pada salah satu status Facebook milik Melissa Gooi.

Status dan komen terbabit tersebar meluas di internet sehingga mendapat bantahan ramai pihak menerusi laporan polis yang dibuat kerana didakwa biadab serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memberitahu, wanita terbabit ditahan setelah menyembunyikan diri apabila identitinya didedahkan oleh beberapa laman blog.

“SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia telah menahan wanita itu setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.

“SKMM juga sedang mengesan rakan-rakan wanita terbabit dan meminta mereka tampil bekerjasama bagi membantu siasatan," ujar kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

“Kami memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur penghinaan terutama melibatkan institusi diraja Malaysia," ujar kenyataan itu lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130605/je_01/Wanita-hina-Agong-ditahan#ixzz2VJjcrGSn
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Comments



Leave a Reply.

    WAKTU SOLAT bagi kawasan Kuala Berang dan kawasan yang sama waktu dengannya.

    Pengarang

    Sumber-sumber berita dari Portal ini bersumberkan berita luar yang akan dimaklumkan serta dikarang sendiri oleh Admin portal ini.

    Arkib

    March 2018
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    January 2016
    December 2015
    July 2015
    May 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    February 2013

    Kategori

    All
    Islami Semasa & ICT
    Islami Semasa & ICT
    Nasional & Sarwajagat
    Nasional & Sarwajagat
    Tempatan & Negeri
    Tempatan & Negeri

    RSS Feed

Pusat Bestari.comm Kuala Berang

d/a Bangunan Perpustakaan Awam Hulu Terengganu, Jalan Kampung Buluh,21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu,Terengganu.
Tel : 09-6811816

© Hakcipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 21.0 dan ke atas. Untuk mendapatkannya, sila klik Mozilla.

Penafian :

Pusat Bestari.comm Kuala Berang tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Picture
Statistik Pengunjung :
©2013 BescommK.Brg
Hakcipta Terpelihara
Hakcipta © 2013  | Maklumbalas | Buku Pelawat | Polisi dan Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan | Soalan Lazim      Dikemaskini : 18 Mac 2018.