PORTAL RASMI PUSAT BESTARI.COMM KUALA BERANG - BESCOMM K.Brg
Portal ini mesra telefon pintar
  • UTAMA ( INFO BESTARI )
  • MAKLUMAT AM
    • KUALA BERANG
    • BESTARI.COMM @ BESCOMM >
      • Cawangan-cawangan Pusat Bestari.comm Seluruh Negeri Terengganu
      • Galeri Foto
    • STRATEGI KE-7 PELAN STRATEGIK AGENDA TERENGGANU >
      • A: Objektif Untuk Strategi
      • B: Tindakan Untuk Setiap Objektif
      • C: Pendekatan Untuk Setiap Tindakan >
        • 01: Membudayakan ICT Dalam Kehidupan Rakyat
        • 02: Meningkatkan Pertumbuhan Penggunaan Applikasi ICT Secara Berterusan Dalam Sektor Kerajaan
        • 03: Memperkasakan ICT Dalam Proses Pembelajaran Dan Pelajaran Secara Digital/Interaktif serta 'Kondusif ICT'
        • 04: Menjadi Negeri Maju Serta Menyediakan Inisiatif Industri ICT Negeri
    • RISALAH / INFO KERAJAAN NEGERI
    • WEBTV-Trg
  • PENGGUNA BESCOMM
    • PERKHIDMATAN >
      • Penggunaan Komputer
      • Kursus
      • Menaip
      • Mencetak
      • Mengimbas
      • WIFI ( T@WAN )
    • PERKHIDMATAN DALAM TALIAN >
      • Persekutuan
      • Kerajaan Negeri Terengganu
      • Lain-lain
    • SUDUT ICT >
      • Himpunan Soal Jawab Untuk Rujukan
    • MAKLUM BALAS
    • BUKU PELAWAT >
      • Himpunan Buku Pelawat Terdahulu
    • PETA LAMAN
    • SOALAN LAZIM
  • PETUGAS BESCOMM
    • EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT ( EIO )
    • JURUTEKNIK SISTEM MAKLUMAT ( TSO )
    • APLIKASI DALAMAN ( Petugas sahaja )
  • PAUTAN
  • HUBUNGI KAMI

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih kerana mengunjungi portal rasmi Pusat Bestari.comm Kuala Berang. Portal ini memaparkan serba sedikit maklumat mengenai Pusat ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Semoga Pusat Bestari.comm Kuala Berang juga dapat menyumbang sesuatu yang boleh memberi impak yang berkesan dan bermanfaat dalam usaha untuk mencapai negeri  “TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”. Kami menyahut cabaran dengan menggunakan Teknologi ICT sebagai wadah dalam mencapai hasrat murni tersebut.

Kisah Penghuni 'dasar' Tasik Kenyir

31/12/2013

0 Comments

 
Picture
SUMBER: Utusan Melayu Online

LAMA sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal di Hulu Terengganu.

Walaupun tidak lagi menjadi sebutan, nama-nama kampung seperti Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing pasti akan kedengaran apabila ada yang menjejak sejarah empangan hidro-elektrik itu.

Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum. Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.

Wartawan S2 baru-baru ini ke Kampung Dura, di Kuala Berang untuk menemui Abbas Othman, bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984.

Pada usia 77 tahun, Abbas boleh dikatakan antara generasi terakhir 'penghuni dasar tasik' yang sanggup berkongsi kisah hidup di kampung asalnya iaitu Kampung Kuala Terenggan.

Ketika berkongsi memori zaman kanak-kanaknya, Abbas mengakui kehidupan kampung kira-kira 60 tahun lalu itu jauh berbeza dengan kehidupan sekarang.

Katanya, kehidupan di kampung itu boleh diibaratkan berada di dalam dunia yang tersendiri.

Abbas berkata, kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan penduduk bergantung penuh pada sumber alam sehinggakan wang ringgit tidak mempunyai sebarang nilai.

"Semasa kecil saya tak pernah tengok duit kerana orang kampung tak guna duit untuk beli barang.

"Nak beras tanam padi, nak ikan ambil di sungai,'' katanya.

Menurut Abbas, wang hanya akan dikeluarkan dari guri (sejenis tempayan kecil) beberapa kali setahun ketika ada penduduk mahu mudik ke Kuala Terengganu untuk membeli garam dan pakaian.

Tambahnya, perjalanan menaiki rakit buluh ke Kuala Terengganu kira-kira 50 kilometer dari kampungnya ketika itu memakan masa empat hingga lima hari.

"Perjalanan menggunakan rakit buluh sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu.

"Biasanya satu rakit memuatkan tiga hingga empat orang. Mereka akan kayuh secara bergilir-gilir. Ada masanya rakit pecah dipukul arus,'' ujarnya.

Menurut Abbas, kehidupan di tengah belantara yang dilalui oleh penduduk di situ mula mendapat perhatian kerajaan sekitar 1950-an sehingga menyarankan penduduk supaya berpindah.

Katanya, kerajaan menjanjikan pampasan tanah seluas empat hektar kepada yang berpindah ke Kuala Berang.

"Perpindahan pertama bermula pada 1950 selepas penduduk merasakan kehidupan di dalam hutan itu diselubungi kemiskinan.

"Mereka pindah secara berperingkat kerana ada yang tidak mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas," ujarnya.

Menurut Abbas, beliau dan keluarganya berpindah sebanyak tiga kali iaitu dari Kampung Kuala Terenggan ke Kampung Petang dan ke Kampung Berching sebelum menetap sepenuhnya di Kampung Dura sejak 1959.

Tambah beliau, tempoh perpindahan penduduk dari 'dasar' Tasik Kenyir itu dilakukan kira-kira 20 tahun sebelum pembinaan empangan Stesen Hidro Elektrik Sultan Mahmud di Kampung Jenagor, Kuala Berang.

"Seingat saya, ada lebih kurang 80 keluarga yang terlibat dalam perpindahan peringkat pertama,'' katanya.

Selain penduduk dari Kampung Petang dan Berching, Kampung Dura kini turut dikongsi penduduk dari Kampung Kelitok dan Berching.

Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya.
0 Comments



Leave a Reply.

    WAKTU SOLAT bagi kawasan Kuala Berang dan kawasan yang sama waktu dengannya.

    Pengarang

    Sumber-sumber berita dari Portal ini bersumberkan berita luar yang akan dimaklumkan serta dikarang sendiri oleh Admin portal ini.

    Arkib

    March 2018
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    January 2016
    December 2015
    July 2015
    May 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    February 2013

    Kategori

    All
    Islami Semasa & ICT
    Islami Semasa & ICT
    Nasional & Sarwajagat
    Nasional & Sarwajagat
    Tempatan & Negeri
    Tempatan & Negeri

    RSS Feed

Pusat Bestari.comm Kuala Berang

d/a Bangunan Perpustakaan Awam Hulu Terengganu, Jalan Kampung Buluh,21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu,Terengganu.
Tel : 09-6811816

© Hakcipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 21.0 dan ke atas. Untuk mendapatkannya, sila klik Mozilla.

Penafian :

Pusat Bestari.comm Kuala Berang tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Picture
Statistik Pengunjung :
©2013 BescommK.Brg
Hakcipta Terpelihara
Hakcipta © 2013  | Maklumbalas | Buku Pelawat | Polisi dan Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan | Soalan Lazim      Dikemaskini : 18 Mac 2018.